BERSATU akan dilancar di Sarawak – Dr M 0 5534

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dilancarkan di Sarawak susulan banyak permintaan yang diterima daripada rakyat negeri itu untuk menyertai parti berkenaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

β€œBanyak pihak di Sarawak berminat nak sertai BERSATU dan sekarang sudah ada hampir 30,000 anggota dan kita akan ada usaha untuk lancar parti ini di Sarawak untuk menentukan pemimpin parti di Sarawak.

“Kita terima semua permintaan untuk menjadi ahli parti BERSATU,” kata Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi parti itu, malam tadi.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata mesyuarat kepimpinan tertinggi BERSATU telah menyusun tarikh untuk mengadakan mesyuarat cawangan dan bahagian serta perhimpunan agung.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh-tarikh mesyuarat berkenaan.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13388

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8126

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news