Kes gadis mati di pusat hiburan, polis tunggu laporan kimia 0 6257

KUCHING: Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes kematian seorang gadis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ban Hock pada 3 Julai lalu yang didakwa disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata pihaknya belum mendapat keputusan penuh laporan kimia berhubung punca kematian mangsa selepas bedah siasat kali kedua dijalankan Isnin lalu.

Justeru, katanya kes itu masih diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh.

“Siasatan (di bawah) SDR diteruskan hingga laporan kimia diperolehi dan bakal dirujuk untuk inkues di mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Denis Leong telah mengesahkan kematian mangsa adalah disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.

Bagaimanapun, usaha Utusan Borneo mendapatkan pengesahan daripada beliau berhubung kenyataan tersebut masih tidak berjaya sehingga berita ini ditulis.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Flora, 19, dari Rumah Nawek Long Tuyut Tinjar, Baram dibedah siasat semula oleh pakar forensik di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang berakhir sekitar pukul 12.55 tengah hari Isnin.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news