Kes hina nabi, bakal ketahui hukuman pada september tahun depan 0 6005

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 September depan untuk semakan semula terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 bagi kes hina Nabi awal tahun ini.

Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan yang dibuat oleh peguam-peguam tertuduh, Francis Teron dan Jeffrey Mok.

Menurut peguam-peguamnya, ketika pertuduhan dibacakan terhadap Alister Cogia, 22, pada Mac lalu, Alister kurang faham akan pertuduhan tersebut kerana ianya dibaca oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Melayu.

Pertuduhan ke atas Alister dibacakan dalam Bahasa Melayu sedangkan dia berbangsa Bidayuh. Kenapa pertuduhan tersebut tidak dibacakan dalam Bahasa Bidayuh?” ujar Francis ketika membuat penghujahan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi.

Tambahnya lagi, semasa Alister dihantar ke Hospital Sentosa untuk pemerhatian mental, psikiatri mendapati dia menghadapi kesukaran belajar disebabkan bahasa yang digunakan adalah berbeza.

“Melihatkan kepada situasi itu, kita tahu Alister lebih selesa dan lebih faham sekiranya berkomunikasi menggunakan Bahasa Bidayuh,” tegasnya lagi.

Alister juga tidak memahami lumrah dan kesan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Anak guam saya berpendapat dia hanya dikenakan denda dan dibenarkan pulang ke rumah setelah mengaku bersalah. Jelas bahawa dia tidak faham akan lumrah dan kesan bagi hukuman yang dikenakan ke atasnya iaitu hukuman penjara minimum dua tahun. Mahkamah tidak menyedari akan hal ini, maka, hukuman yang dikenakan terhadapnya harus disemak semula,” ujar peguam Alister.

Dalam prosiding mahkamah itu tadi juga, peguam Alister menyatakan bahawa tiada rekod menunjukkan hakim menerima pengakuan bersalah Alister ketika menjatuhkan hukuman sedangkan perkara ini sangat penting dalam undang-undang.

Hukuman 10 tahun penjara dan denda RM50,000 dikenakan ke atas Alister selepas dia mengaku bersalah menghina Nabi Muhammad s.a.w menerusi akaun ‘Ayea Yea’ iaitu akaun Facebook miliknya pada Mac lepas.

Rentetan daripada hukuman yang dilihat berlebihan itu, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang memohon semakan semula kes kerana dikhuatiri Alister berdepan masalah mental.

Justeru, Mahkamah Tinggi menetapkan agar dia dihantar ke Hospital Sentosa Kuching untuk menjalani pemerhatian mental selama tiga bulan.

Namun, mahkamah pada 17 Jun lalu mendapati tahap kesihatan mental Alister adalah normal dan sekaligus disahkan tidak menghadapi sebarang masalah mental.

Menurut laporan Hospital Sentosa Kuching, keadaan mental Alister didapati stabil sepanjang berada di wad selama tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid. Utusan borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news