Klopp ingin tamatkan derita 30 tahun kejuaraan ‘The Reds’ 0 5806

LIVERPOOL: Liverpool mungkin akan bermain tanpa penjaga gol yang memberi inspirasi Alisson Becker selama beberapa minggu selepas pemain Brazil itu mengalami kecederaan betis dalam kemenangan 4-1 kelmarin ke atas Norwich untuk memulakan musim Liga Perdana Inggeris dengan bergaya.

Juara Eropah itu mahu menamatkan penantian selama 30 tahun untuk memenangi EPL selepas mereka tewas dengan hanya satu mata sahaja kepada Manchester City pada musim lepas dan meletakkan penanda awal dalam perebutan kejuaraan apabila mereka mendahului 4-0 sebelum waktu rehat.

Jaringan sendiri kapten Norwich Grant Hanley yang malang hanya tujuh minit sahaja selepas sepak mula menetapkan nada bagi musim yang dijangka panjang bagi pasukan The Canaries sebelum Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Divock Origi menyumbat gol apabila Liverpool terus mengasak dari mula lagi.

Bagaimanapun kegembiraan pasukan The Reds terbendung apabila Alison mengalami kecederaan.

“Tidak ada perkara buruk untuk disebut mengenai perlawanan itu selain kecederaan Ali,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp, yang mengesahkan pemain nombor satunya tidak akan bermain dalam perlawanan Piala Super UEFA pada Rabu ini menentang Chelsea di Istanbul.

“Kita perlu melihat keseriusannya dan menanganinya.”

Alisson menjaga gol tanpa dibolosi dalam 20 perlawanan pada musim pertamanya dalam EPL dan turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool memenangi Liga Juara-Juara.

Penjaga gol Sepanyol Adrian hanya menyertai Liverpool pada minggu ini secara percuma selepas Simon Mignolet meninggalkan kelab itu untuk menyertai Club Brugge.

Namun bekas penjaga gol West Ham itu kini mungkin akan memainkan peranan penting dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk memastikan barisan pemain Klopp tidak memberi kelebihan awal dalam perebutan kejuaraan kepada City sebelum perlawanan rumit menentang Southampton dan Arsenal.

Perlawanan kelmarin sudah dimenangi sebelum Alisson meninggalkan padang apabila dari hantaran rendah Origi, tendangan liar Hanley untuk mengeluarkan bola melepasi Tim Krul yang menjaga gawang Norwich.

Salah, pemenang Kasut Emas dalam setiap daripada dua musim lalu, kemudian membuka akaun jaringannya untuk musim ini dengan penyudah yang tenang dari hantaran Roberto Firmino pada minit ke-19.

Walaupun mendahului dengan selesa, Klopp tidak menunggu lama untuk memarahi pemainnya kerana bermain sambil lewa selepas hanya kecemerlangan Alisson menyelamatkan gol sahaja berjaya menghalang Marco Stiepermann daripada mengurangkan defisit Norwich.

Beberapa saat kemudian, kedudukan menjadi 3-0 apabila pertahanan buruk Norwich didedahkan sekali lagi untuk memberikan kebebasan kepada Van Dijk untuk menanduk masuk tendangan sudut Salah.

Origi juga tidak dikawal untuk menjadikan kedudukan 4-0 dengan satu tandukan mudah dari hantaran lintang Trent Alexander-Arnold.

Liverpool dapat memburukkan lagi penderitaan pasukan pelawat pada permulaan babak kedua tetapi cubaan Jordan Henderson terkena tiang, Firmino mensia-siakan peluang keemasan di tiang belakang, dan Salah melakukan rembatan yang tersasar sipi.

Bagaimanapun usaha Norwich yang naik ke liga utama pula yang membuahkan hasil apabila beberapa saat selepas Moritz Leitner melakukan rembatan yang terkena palang gol, Teemu Pukki menyambar untuk melakukan tendangan yang rendah melepasi Adrian.

“Kami mahu bermula dengan beberapa mata tetapi amat gembira sekali dengan jati diri pasukan saya,” kata pengurus Norwich, Daniel Farke, yang menegaskan dia tidak akan membendung hasrat pasukannya untuk menyerang walaupun kualiti adalah lebih tinggi.

“Kami perlu kekal dengan kepercayaan kami. Sudah tentulah kami perlu bertahan dengan lebih mantap lagi tetapi pemain saya yang cedera akan kembali dan ini adalah pengajaran bagi beberapa pemain saya kerana butiran kecil dapat membawa kelainan besar.

“Skuad ini dibuat untuk bermain bola sepak ini. Kami perlu kekal dengan prinsip kami, jika kami bertahan sahaja, kami tidak ada peluang dalam liga ini.” — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news