Kes hina nama Bapa Watson Nyambek, Marsha hadir di Mahkamah Majistret Sibu hari ini 0 5967

SIBU: Pelakon dan juga model, Marsha Milan Londoh hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung kes mengaibkan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Marsha muncul buat pertama kali untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwa selepas gagal hadir di mahkamah sebelum ini, sehingga waran tangkap terpaksa dikeluarkan.

Beliau akan memberi keterangan terhadap pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan, 31, dan penerbit rancangan, Abdul Ghani Mokhtar, 42, yang dituduh menghina Watson dalam rancangan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei, 2017, kira-kira jam 11.30 pagi disebuah hotel di Jalan Wong King Huo dan didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Dalam rancangan yang disiarkan itu ketika menyebut nama ‘Watson Nyambek’ seakan menyamakan bapak Watson, yang meninggal dunia tiga tahun lepas, dengan binatang.

Marsha adalah pengacara bergandingan dengan Azizul dalam rancangan tersebut ketika kejadian. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13468

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news