Kilang perabot musnah dalam kebakaran 0 5955

SIBU: Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Industri Permata, Taman Kristal di Sibu Jaya pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Misran Bisara berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan pada jam 8.12 minit.

Katanya, operasi tersebut membabitkan empat serta bantuan tambahan dari BBP Sungai Merah dengan tambahan sembilan anggota.

Katanya, pasukan pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 8.40 pagi.”Kebakaran tersebut melibatkan kilang membuat tilam, sofa dan perabot kayu terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.Operasi memadamkan api berjalan lancar namun sehingga jam 1.30 petang tadi, pasukan Bomba masih berada di lokasi kejadian walaupun api sudah berjaya dikawal sejak jam 9.05 pagi.

“Setakat jam 1.30 petang tadi, kebakaran sudah dapat dikawal namun kerja memadamkan sisa kebakaran masih diteruskan,” jelasnya.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.”Pihak kami (forensik) akan menjalankan siasatan selepas kerja-kerja pemadaman selesai,” tambahnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news