Sejarah kedatangan masyarakat India ke Sarawak 0 7093

Sarawak Bumi Kenyalang sesungguhnya sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik. Terdiri daripada lebih daripada 30 suku kaum etnik pribumi dan selain itu juga terdiri daripada kaum-kaum lain seperti kaum India yang juga antara kaum minoriti di Sarawak. Jika di Semenanjung Malaysia kaum India mempunyai peratusan kaum yang tinggi sehingga amat senang untuk mengenali mereka namun di Sarawak, kaum India adalah amat sedikit malah jarang-jarang kelihatan.  Seperti kaum-kaum lain, kaum India di Sarawak juga mempunyai sejarah kedatangan mereka sendiri dan inilah artikel daripada Borneo Oracle untuk paparan pembaca sekalian iaitu Sejarah Kedatangan Masyarakat India Ke Sarawak.

Jika melihat kepada konteks sejarah purba Sarawak, kedatangan agama Hindu di dalam sejarah kerajaan purba Sarawak telah lama berlaku. Ini mungkin dipengaruhi oleh sejarah Sarawak purba pada asalnya juga dipengaruhi oleh Kerajaan Majapahit dan Kerajaan Srivijaya yang sememangnya sebuah Kerajaan purba yang mempunyai pengaruh yang kuat di dalam Hinduism. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi sejarah seperti rumusan yang telah dilaporkan oleh pengkaji sejarah Chang 1970 iaitu:

“Gold ornaments found in an archeological site at Santubong were associated with Hindu ornaments dated from about the 12th century. Besides a statue of the elephant –headed god, the Ganesa, was found in Limbang in 1921 and the second piece was discovered at Bukit Berhala in Samarahan in 1848. The third piece was found in Limbang at the site of its Residency in 1921. At the same site, a Batu Lesong which was a Symbolic Phallus of veneration of the Hindu Pallava in South India was also discovered at Bukit Berhala. Remains of a stone bull were found near Sempro, below the Bidayuh village of Kampung Benuk/ Segu, 21st Mile Penrissen Road, Kuching in the early 1840s which represented the guardian outside a temple of Siva. In the old days, the pagan Bidayuh disposed the dead by fire. Hence some Bidayuh elders believed that these were the traces of Hindu influence…. “ – Chang, 1970-

Penemuan artifak sejarah pengaruh Hinduism di tempat-tempat yang disebut seperti Santubong, Samarahan, Limbang dan lain-lain tempat di seluruh Sarawak membuktikan bahawa kedatangan masyarakat India dan juga Hinduism telahpun ada di Sarawak walaupun bukan di dalam kumpulan yang ramai tetapi pengaruhnya di dalam menentukan kepercayaan di dalam etnik-etnik pribumi Sarawak sudahpun berlaku berabad lamanya.

Dari konteks sejarah Sarawak moden, kedatangan masyarakat India ke Sarawak bermula pada ketika pemerintahan Rajah ke-2 Negara Sarawak iaitu Rajah Charles Brooke. Pada mulanya masyarakat India daripada Selatan India telah dibawa masuk ke Sarawak sebagai buruh. Pada masa itu lebih kurang 1,000 orang masyarakat India daripada negeri-negeri di Selatan India seperti Tamil daripada Madras, Malyalees daripada Kerala dan Telegus daripada Andhra Pradesh telah dibawa masuk ke Sarawak bagi menjadi buruh di kawasan penanaman teh dan kopi di kaki Gunung Serapi, Matang, Kuching Sarawak. Ada juga yang telah ditempatkan untuk menjadi buruh-buruh di ladang ternakan lembu Kerajaan Negara Sarawak pada masa itu. Kedatangan pertama masyarakat India ini merupakan masyarakat India yang bukan muslim iaitu beragama Hindu. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat sebuah ladang kopi dan teh bersaiz besar di lokasi tersebut sehingga sewaktu dahulu Rajah ke-2 Negara Sarawak iaitu Rajah Charles Brooke telah membina sebuah banglo untuk beliau dan keluarganya berehat yang dinamakan “Vellambrosa” pada tahun 1867. Disamping itu lokasi Matang ini juga merupakan penempatan pertama masyarakat India berskala besar di Sarawak pada masa itu. Dan kerana adanya masyarakat India di lokasi Matang pada masa itu jadi tidak menghairankan masyarakat India Telegu yang rata-ratanya menjadi buruh di ladang the dan kopi tersebut telah membina sebuah kuil Sri Maha Mariamman di lokasi Matang pada tahun 1860. Kuil ini telah ditemui semula oleh pengkaji sejarah pada tahun 1967. Sekarang masyarakat India Telegu telah tinggal bertaburan di Sarawak seperti di Kuching dan Samarahan.

Sekitar tahun 1910, Rajah ke-2 Charles Brooke telah membawa masuk masyarakat India Punjabi Sikhs ke Negara Sarawak. Kedatangan mereka adalah bagi memenuhi tuntutan keselamatan di Negara Sarawak kerana pada masa itu, India Punjabi Sikhs sememangnya antara anggota keselamatan upahan terbaik pada masa itu. Kebanyakan daripada mereka telah dibawa masuk bagi menjadi anggota polis bagi Negara Sarawak dan akhirnya setelah Sarawak menjadi salah satu tanah jajahan Koloni British, anggota polis upahan Punjabi Sikhs ini juga turut meneruskan kontrak kerja mereka dengan Kerajaan Koloni British di Sarawak.

Pada tahun 1911, Sarawak telah menerima kedatangan daripada masyarakat India Muslim secara beramai-ramai. Pada ketika itu Rajah Charles Brooke sedang galak menjadikan Sarawak sebagai sebuah hub untuk perniagaan di rantau Borneo. Pada ketika inilah Sarawak menerima peniaga-peniaga India beragama Islam yang membuka kedai-kedai tekstil dan juga rempah ratus. Kawasan yang menjadi tumpuan adalah Kuching iaitu sekarang yang dinamakan Gambier Street dan Lebuh India Kuching. Jadi tidaklah menghairan sebuah masjid yang dinamakan Masjid India atau Masjid Tambi dibina di kawasan tersebut serta betapa rancaknya kawasan tersebut sebagai kawasan membeli belah untuk barangan berbentuk agama Islam serta rempah ratus yang terlalu dekat dengan masyarakat Islam di Kuching khususnya dari awal penubuhannya sehingga sekarang.

Menurut laporan census 2008, terdapat lebih kurang 7,851 orang masyarakat India di Sarawak. Masyarakat India Sarawak sekarang telahpun mempunyai sosio budaya mereka sendiri dan mereka juga bersama-sama di dalam membentuk Sarawak sebagai sebuah negeri yang aman damai dan bertoleransi kaum yang amat tinggi. Profession mereka juga telah bertukar daripada mulanya hanya sebagai buruh atau anggota polis upahan namun sekarang sudah pun memegang profession yang tinggi seperti Peguam, Akauntan, Doktor dan banyak lagi. Inilah sekelumit sejarah tentang kedatangan masyarakat India di Sarawak untuk bacaan sumber informasi bagi seluruh pembaca Borneo Oracle. Pihak Borneo Oracle sentiasa mengalu-alukan ruang nilai tambah informasi daripada pembaca BO sekalian untuk perkongsian bersama. Sama-samalah kita melestarikan sejarah Sarawak yang tidak didendangkan untuk pengetahuan generasi kita yang mendatang.

Kredit: Borneo Oracle

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13408

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news