KM sahkan Mawan memohon menyertai PBB pada 2016 0 5539

MIRI: Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom pernah memohon menyertai parti itu pada 2016.

Abang Johari ketika ditanya Utusan Borneo di sini sebentar tadi, berkata, beliau turut hadir semasa Mawan berjumpa dengan mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin SriAdenan Satem ketika menyerahkan borang permohonan.

Mengulas lanjut, beliau yang ditemui selepas merasmikan Pelancaran  Seminar Ummah 2018 di Dewan Suarah Miri di sini berkata, namun Mawan hanya mendedahkan perkaraitu seperti yang disiarkan di akhbar hari ini.

Ditanya mengenai kedudukan Mawan dalam senarai parti, Abang Johari sekadar berkata”adalah”.

Mawan dalam Utusan Borneo hari ini mendedahkan yang beliau merupakan ahli PBB, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai parti komponen BN yang beliau sertai.

Pendedahan ini dibuat selang sehari selepasAbang Johari berkata BN tidak akan meletakkan calon langsung untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8231

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news