Sarawak masih memegang hak perairan 12 batu nautika 0 5688

MIRI: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg hari ini mencabar mana-mana pihak yang mempertikaikan hak Sarawak ke atas persempadanan perairannya untuk mengambil tindakan jika tuntutan Sarawak adalah salah.

Abang Johari menegaskan tuntutan Sarawak ke atas persempadanan perairannya dan sumber-sumbernya hingga menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), adalah wajar.

Beliau berkata meskipun Parlimen pernah meminda persempadanan perairan di bawah bidang Kerajaan Negeri daripada 12 kepada tiga batu nautika, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Sarawak tidak pernah meluluskannya.

“Langkah terakhir iaitu mendapatkan kelulusan daripada DUN Sarawak tidak pernah berlaku.

“”Ini bermakna Kerajaan Negeri kekal mempunyai hak ke atas persempadanan perairan sehingga 12 batu nautika. Tiada siapa yang boleh mengubahnya,” ujar Abang Johari sambil menambah, di bawah Perlembagaan Malaysia bagi Senarai Negeri, sebarang perubahan sempadan tidak dibenarkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri (DUN) .

“Mereka boleh saman saya jika saya salah. Tetapi saya mempunyai perlembagaan yang dituruti,” katanya sambil menambahkan jika beliau betul maka rakyat Sarawak dan komuniti perniagaan di negeri ini, harus menyokong beliau.

“Malah saya juga sudah menghantar pasukan perundangan saya ke London dan kita mempunyai dokumen-dokumen yang menyokong dan membuktikan perkara ini (tuntutan Sarawak),” katanya lagi.

Beliau memberitahu pihak-pihak yang mempersendakan tuntutan Sarawak itu, perlu melakukan ‘homework’ atau kajian terlebih dahulu sebelum bersuara. Abang Johari berkata demikian semasa berucap merasmikan Dialog Perniagaan ‘Menghubungkan Komuniti Perniagaan Miri’ dengan Visi Ketua Menteri  anjuran Dewan Perdagangan dan Industri Sarawak (SCCI)  disini tadi. 

Hadir sama di majlis tersebut ialah Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin; Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar, Dr AbdulRahman Junaidi;  wakil-wakil rakyat serta Presiden SCCI,  Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg dan naib presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa SCCI Wilayah Miri, Andy Chia Chu Fatt. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13422

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news