Kontraktor Bumiputera perlu rebut projek puluhan bilion LRT, sekolah, DUN – Abg Johari 0 5536

KUCHING: Projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) bernilai sekitar RM8 bilion.

Sementara, projek naik taraf sekolah daif menelan kos sekitar RM1 bilion.

Begitu juga dengan projek industri minyak dan gas, pembinaan jambatan serta jalan pesisir bernilai puluhan juta ringgit.

Sementara projek agensi kerajaan negeri seperti Sarawak Energy, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) turut mewujudkan ruang kerja yang banyak.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semua projek ini bakal memberi manfaat kepada kontraktor Bumiputera di negeri ini yang patut sedia menyertainya.

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

Bercakap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak, Abang Johari menuntut kontraktor Bumiputera di Sarawak merebut peluang sedia ada ini.

Menurut beliau, projek pembangunan yang dirancang dan dilaksana kerajaan negeri untuk rakyat ini telah menghasilkan begitu banyak peluang dan pekerjaan.

“Sebab itu, kontraktor Bumiputera harus bersedia dan melengkapkan syarikat masing­masing dengan kepakaran berkaitan terutama dari segi teknologi digital,” ujar Abang Johari.

Sementara, Abang Johari turut menggesa kontraktor Bumiputera merebut peluang kerja daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Menurut beliau melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP), kerajaan menyediakan peruntukan RM5 juta setahun kepada setiap ADUN.

Ini bermakna terdapat RM360 juta di tangan 72 ADUN di negeri ini untuk membantu kawasan masing-masing membaik pulih skala kecil jalan raya atau menaik taraf sekolah dalam tempoh setahun.

“Setiap kontraktor Bumiputera harus memanfaatkannya dengan baik,” ujar Abang Johari. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8137

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news