Kuching Specialist Hospital (KPJ) Rai Anak Yatim Murni 0 6093

KUCHING SPECIALIST HOSPITAL (KPJ Kuching) RAI ANAK YATIM NUR MURNI

KUCHING, 8 JUN 2018 – Hari Raya yang tidak kurang daripada seminggu tidak menghalang Kuching Specialist Hospital (KPJ Kuching) untuk terus mengimarahkan bulan Ramadhan dengan menjalankan aktiviti mulia.

Prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik, KPJ Kuching telah meraikan seramai 35 anak-anak yatim berusia dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun di Pusat Jagaan Nur Murni dengan memberikan sumbangan duit raya.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengurus Besar KPJ Kuching, Cik Nurhazimah Mahat dalam Majlis Berbuka Puasa KPJ Kuching bersama Pusat Jagaan itu antara aktiviti tanggungjawab social korporat (CSR) KPJ Kuching.

Menurut Cik Nurhazimah, aktiviti CSR ini diadakan bagi berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim selain beramah mesra dan berbuka puasa dengan anak-anak yatim di pusat tersebut.

“Misi kami untuk menjadi sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada komuniti, tidak akan tercapai jika kita tidak memberi perkhidmatan ini secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa dan agama” – jelas Cik Nurhazimah.

“Oleh sebab itulah kami berada disini untuk mengenali komuniti setempat supaya kami dapat memberi yang terbaik kepada semua” – tambah Cik Nurhazimah.

Beliau mendedahkan, dalam penghujung tahun ini, KPJ Kuching dijangka akan berpindah ke hospital baharu di BDC.  Hospital baharu ini bakal memiliki peralatan-peralatan yang baru serta moden yang seterusnya mampu memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Menyatakan itu, beliau menyeru agar anak-anak yatim di Pusat Jagaan itu mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan selanjutnya berkhidmat dengan KPJ Kuching.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, Puan Noraini Haji Bakiri, dalam ucapannya menyambut baik serta melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih dengan pihak KPJ Kuching kerana memilih Pusat mereka.

Jelasnya, ini kerana aktiviti seumpama itu secara tidak langsung mampu menghiburkan anak-anak yatim di bulan ramadhan.

Majlis berbuka puasa ini merupakan acara tahunan KPJ Kuching bagi membantu golongan kurang bernasib baik terutama kanak-kanak.

Pusat Jagaan Nur Murni ditubuhkan pada tahun 2 September 2014 merupakan sebuah pusat menampung dan membiayai anak-anak yatim yang datang dari segenap pelosok daerah, di samping memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8137

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news