RTM S’wak beri liputan adil pada CM, menteri- Gobind 0 5640

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyifatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dalam memberikan liputan kepada semua pihak termasuk jemaah menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata dakwaan bahawa RTM tidak membuat liputan untuk program kerajaan negeri adalah tidak benar.

“Saya telah meneliti aduan tersebut dan dakwaan bahawa RTM Sarawak bertindak tidak adil dalam memberikan liputan kepada ketua menteri, menteri dan program kerajaan negeri tidak benar.

Ini kerana dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, RTM telah membuat liputan 181 aktiviti melibatkan ketua menteri, menteri-menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak, yang disiarkan melalui pelbagai platform RTM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Ramadan anjuran Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), di Shah Alam malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Syed Md Najib Syed Md Noor.

Gobind berkata RTM diberikan kebebasan untuk membuat liputan selaras dengan dasar kerajaan yang memperjuangkan kebebasan media.

“Saya tidak akan arahkan RTM untuk lakukan sesuatu perkara kerana saya rasa ini bertentangan dengan pendekatan yang kita ambil.

“Kita juga tidak halang RTM daripada membuat liputan acara Kerajaan Negeri Sarawak, sekiranya ada masalah mereka boleh berjumpa pengarah RTM negeri atau tulis surat kepada kita,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meluahkan rasa kecewa kerana program kerajaan negeri kurang mendapat liputan daripada RTM. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13002

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12475

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news