KOTA SAMARAHAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, daripada 834,696 hektar tanah di negeri ini, 656,373 hektar di diwartakan sebagai Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 (Rizab Gunasama Bumiputera) Kanun Tanah Negeri (KTN).
Menurut Awang Tengah, penyukatan NCR ini bermula 2010 diteruskan melalui dua fasa iaitu sukat keliling dan individu sehingga selesai.
Berucap pada majlis penyerahan surat hak milik tanah Seksyen 18, KTN di bawah Inisiatif Baharu NCR dan Kampung Tradisi di Dewan Suarah, Awang Tengah mengaku bentuk geografi negeri ini menyebabkan kerja penyukatan agak mengambil masa.
Pada majlis tersebut Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua menyerahkan 414 surat hak milik tanah kepada penerima dari Kampung Empila, Pangkalan Kuap dan Tanjung Parang.
Awang Tengah turut mendedahkan 47,532 lot rumah kediaman di 350 kampung sudah diukur menerusi Program Pengukuran Kampung Tradisi di bawah NCR. –Sarawakvoice
Gambar fail