KPDNKK serbu karnival jualan murah di Stadium Perpaduan, rampas kasut tiruan pelbagai jenama 0 5898

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak hari ini menyerbu karnival  jualan murah di Stadium Perpaduan.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak, AbdulHafidz Abdul Rahim berkata 168 unit pasang kasut daripada pelbagai jenama dipercayai barangan tiruan bernilai RM8,400 dirampas dalam operasi yang dilakukan oleh sekumpulan anggota penguatkuasaan itu.

Menurutnya, serbuan dilakukan setelah menerima aduan orang ramai yang memaklumkan terdapat barangan tiruan dijual di sini.

“Hasil daripada serbuan yang dilakukan, kita telah menyita sebanyak 168 unit pasang kasut daripada pelbagai jenama, dipercayai tiruan dengan nilai rampasan berjumlah RM8,400,” katanya ketika ditemui pada serbuan itu.

Abdul Hafidz turut memberitahu peniaga akan dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi sepasang kasut atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Manakala untuk syarikat perbadanan, mereka boleh didenda  maksimum RM15,000 bagi setiap pasang kasut untuk kesalahan pertama dan kesalahan kedua RM35,000 untuk setiap pasang,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13190

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news