Lelaki gila seks suruh wanita gosok kemaluan, tepuk buah dada 0 7212

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor dengan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa wanita menerusi panggilan telefon diberkas dalam satu serbuan di sebuah hotel di Klang kira kira pukul 8.45 pada Selasa malam.

Suspek menyasarkan wanita Melayu yang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai memenuhi syarat permohonan perkahwinan.

Suspek mengarahkan mangsa untuk membuat perbuatan tidak bermoral termasuk baring, mencangkung sambil menggosok kemaluan dan menepuk buah dada serta membuat bunyi terangsang sambil bercakap perkataan lucah.

Segalanya untuk memuaskan imaginasi seksnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, tangkapan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan polis daripada tiga mangsa yang berbeza.

Suspek yang melakukan kegiatan tidak bermoral itu merupakan lelaki Melayu yang berusia 39 tahun dan berasal dari Terengganu.

“Suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan terhadap mangsa.” katanya dalam satu kenyataan media.

Suspek, jelas Fadzil, akan membuat panggilan telefon dan memaklumkan mangsa mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kanser payu dara, masalah darah dan sebagainya.

Sebanyak 21 laporan polis telah dibuat di seluruh negara oleh mereka yang menjadi mangsa suspek berkenaan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news