Tindakan segera perlu tangani pencerobohan kapal asing di perairan Sarawak 0 5835

KUCHING, 11 Julai (Bernama) — Aduan nelayan tempatan berhubung pencerobohan kapal asing di perairan Sarawak sehingga menjejaskan aktiviti menangkap ikan perlu diberi perhatian segera oleh pihak berkuasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Talib yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri berkata isu berkenaan adalah serius dan pencerobohan tidak boleh dibenarkan sama sekali.

“Alasan kekurangan pelbagai agensi tidak boleh diterima. Ia umpama menyatakan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan.

“Adakah kita memberi isyarat kepada penceroboh bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja, dan kita tidak berupaya untuk menangani masalah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Panesa) Jam Hajimi baru-baru ini berkata kapal asing yang menceroboh perairan Sarawak telah menjejaskan aktiviti menangkap ikan di Miri, Bintulu dan Sibu.

Talib berkata terdapat keperluan mendesak untuk menangani isu itu kerana penceroboh asing mungkin bersenjata dan bukan sahaja merbahaya kepada nelayan tetapi juga terhadap keselamatan negara.

Dalam insiden terbaharu melibatkan nelayan asing dari Vietnam, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak Laksamana Pertama Maritim, Robert Teh Geok Chuan berkata empat bot ditahan pada 7 Julai di Tanjung Sirik, Mukah dengan 58 kru dan juragan.

Beliau dalam sidang media pada Selasa berkata rampasan ikan, bot dan peralatan daripada empat bot asing itu bernilai RM6 juta.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil dijangka mengadakan perjumpaan dengan nelayan tempatan di Jalan Kamoung Tanjong Bako dekat sini, hari ini. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news