Lelaki hilang ketika mendaki Gunung Singai di Bau 0 7938

Bau: Seorang lelaki dilaporkan hilang di Gunung Singai di Bau sekitar jam 4.35 petang semalam.

Menurut info awal mangsa yang dikenali sebagai Stanley Kho, berusia 22 tahun dikatakan hilang ketika mendaki gunung tersebut.

Susulan daripada kejadian pihak bomba telah dihubungi untuk mencari dan menyelamat sekitar jam 5. 40 petang.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh pihak bomba terpaksa di henti jam 11.50 malam tadi dan bersambung lagi hari ini. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13051

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news