Ahli Parlimen GPS berkecuali, tidak keluar Dewan seperti BN dan PAS 0 3223

KUCHING: Ahli-ahli Parlimen Gabungan Pakatan Sarawak (GPS) seramai 19 orang memilih untuk tidak menyertai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS keluar daripada Dewan Rakyat ketika pengumuman pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab berkata, “Kita (GPS) berkecuali” menjawab soalan adakah GPS tidak ada bantahan terhadappelantikan tersebut.

Ahli Parlimen GPS terdiri daripada 19 orang daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Kedudukan GPS dalam Dewan Rakyat difahamkan terletak di kawasan bebas – tidak lagi bersama BN selepas mereka keluar daripada parti susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lepas.

Semalam, mereka menghadiri mesyuarat dipengerusikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kuala Lumpur.

BERNAMA melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggotaBN serta PAS bertindak keluar dari DewanRakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan terus mencadangkan nama bekas hakim Mahkamah Rayuan itusebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah tidak  mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata pihak pembangkang mempunyai bukti yang mencukupi bahawa notis pencalonan Yang Dipertua kesembilan ini tidak memenuhi tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan.

“Biarpun Setiausaha Dewan Rakyat (Datuk Roosme Hamzah) memaklumkan bahawa Ketua Majlis  iaitu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah menghantar surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai.

“Tetapi kami mempunyai bukti yang cukup bahawa tempoh 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di hari ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news