Lelaki nekad gantung diri selepas cinta tak direstui 0 5726

SIBU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di belakang rumah dekat sini awal pagi tadi, dipercayai akibat membunuh diri selepas hubungan cinta bersama gadis pilihannya tidak direstui ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dijumpai tergantung oleh kakaknya di belakang rumah menggunakan tali nilon yang diikat pada besibumbung bahagian dapur sekitar jam 5.00 pagi tadi.

“Sejurus selepas itu, kakaknya terus memaklumkan kepada pihak polis yang pergike tempat kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut pengadu, adiknya, 25 tahun, dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan selepas ahli keluarga tidak setuju dengan hubungan teman wanita pilihannya.

Katanya, siasatan awal pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan sengan kematian mangsa di tempat kejadian.

Stanley mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.Menurut maklumat pengadu, si mati pernah dilaporkan keluar rumah pada 28 Februari lalu namun dijumpai di Miri dan dibawa balik ke Sibu pada 3 Mac lepas.”Mayat si mati telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news