MIRI: Gara-gara cinta tidak sampai ke penghujungnya, seorang lelaki nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga sebuah pusat komersial di Waterfront di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Bagaimanapun, mangsa yang merupakan warga Indonesia dilaporkan hanya mengalami beberapa kecederaan di bahagian kepada dan badan. Menurut sumber, mangsa sempat diberi rawatanb awal oleh anggota paramedik dari Hospital Miri namun secara tiba-tiba telah melarikan diri dari lokasi.
Difahamkan, mangsa nekad membunuh diri selepas putus cinta dengan teman wanitanya pada hari yang sama sebelum kejadian berlaku semalam. – Utusan Borneo Online