Dua anggota polis, seorang penjawat awam dicekup kerana ugut, kurung tukang masak di Miri 0 5530

MIRI: Polis Miri semalam menahan tiga rakan mereka, termasuk seorang berpangkat Lans Koperal dan seorang penjawat di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, selepas disyaki melakukan peras ugut dan kurungan salah terhadap seorang tukang masak.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kes berlaku pada jam 5 pagi Ahad lalu apabila mangsa telah berkunjung ke  belakang Stadium Miri untuk berjumpa dengan rakannya.

“Apabila mangsa tiba di sana, dia telah ditahan oleh tiga individu yang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Mangsa telah diarah masuk kembali ke dalam keretanya, diikuti oleh suspek-suspek.

“Salah seorang daripada mereka telah menunjukkan satu beg plastik yang mengandungi ketulan putih disyaki syabu.

Suspek kata Dev, telah menuduh bahawa mangsa terlibat dalam kes pengedaran dadah dan telah meminta wang sebanyak RM10 ribu untuk melepaskannya.

“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah bank di bandar Miri untuk mengeluarkan duit melalui mesin teler automatik.

Bagaimanapun katanya, akaun mangsa tidak mempunyai wang yang mencukupi lalu dia dibawa ke sebuah hotel di Miri dan dikurung di dalam sebuah bilik.

“Setelah sejam dikurung, mangsa telah memberitahu suspek bahawa ibunya boleh menyediakan wang dan meminta untuk dibawa balik ke rumahnya.

“Setelah tiba di rumahnya di Pujut, mangsa telah menghubungi pihak polis melalui telefon untuk bantuan.

Menyedari mangsa telah menghubungi pihak polis, kesemua suspek telah telah bertindak melarikan diri.

“Bagaimanapun ketiga-tiganya berjaya dicekup pada Selasa lalu di antara jam 12.30 tengah hari dan 4.00 petang di IPD Miri.

Suspek pertama merupakan angota polis pangkat Lans Koperal, berumur 39 tahun, manakala suspek kedua merupakan Konstabel Sokongan, berumur 34 tahun.

Suspek ketiga katanya lagi, merupakan pegawai awam Gred N11, berumur 37 tahun.

Ketiga-tiganya bertugas di IPD Miri dan didapati positif dadah jenis syabu ketika ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 385/342 Kanun Keseksaan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13504

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8149

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news