Lima warga asing ditahan miliki syabu bernilai RM1.4 juta 0 6056

KUCHING: Anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa menahan lima lelaki warga Indonesia bersama lima bungkusan mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta di Pos Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Telok Melano di Sematan pada Khamis lalu.

Pegawai Pemerintah Batalian 11 PGA Batu Kawa, Supt Muhammad Sar’ie Fauzi berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, kelima-lima suspek sedang menunggang tiga motosikal dari arah Kampung Telok Melano menuju sempadan Malaysia-Indonesia.

“Sepasukan anggota PGA diketuai Inspektor S. Nawinthan bertindak menahan kelima-lima suspek yang kelihatan mencurigakan di hadapan pos kawalan tersebut.

“Hasil daripada pemeriksaan ke atas beg galas dan beg sendeng yang dibawa dengan cara menggalas dan menyendeng oleh kelima-lima suspek telah menjumpai lima bungkusan seberat lima kilogram dibungkus menggunakan aluminium foil. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan tersebut mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sar’ie berkata, berikutan itu kelima-lima suspek berusia lingkungan 26 hingga 56 tahun itu ditahan dan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau semalam.

“Kelima-lima suspek, tiga motosikal serta dadah yang dirampas telah diserahkan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13449

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news