Liverpool buat Bayern “merana” dihalaman sendiri 0 5976

MUNICH: Sadio Mane menjaringkan dua gol bagi membantu Liverpool mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Bayern Munich, awal pagi tadi.

Terlepas ketika aksi pertama di Anfield yang berakhir tanpa jaringan tiga minggu lalu susulan penggantungan, Mane meledak jaringan pertama di Allianz Arena selepas menerima hantaran jauh Virgil van Dijk.

“Gol pertamanya luar biasa, begitu tenang sebelum dia melakukan penyudah,” kata pemain tengah Liverpool, James Milner. “Dia berada tepat pada masanya dan harap ia dapat diteruskan sehingga akhir musim nanti.”

Enam minit terakhir permainan menyaksikan Mane menjamin slot ke suku akhir buat Liverpool.

Kemenangan Liverpool dengan agregat 3-1 itu bermakna mereka akan menyertai Tottenham Hotspur, Manchester City dan Manchester United dalam aksi suku akhir, melengkapkan barisan empat pasukan Inggeris yang mara ke pusingan lapan terbaik buat kali pertama sejak musim 2008/09.

Pemain Liverpool, Sadio Mane menanduk bola membolosi gawang Bayern Munich untuk gol ketiga pasukannya pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. – Foto Reuters

“Ia satu perkara yang bagus untuk bola sepak Inggeris dan itu yang kamu mahukan,” kata Milner. “Kami mempunyai perasaan yang baik sejak tahun lalu, jadi kami berharap dapat membawa momentum itu dan melangkah sejauh mana termampu.”

Daripada sudut berbeza, ia adalah satu gambaran buruk di Jerman apabila penyingkiran Bayern menyaksikan tiada lagi kelab Bundesliga di suku akhir saingan buat kali pertama sejak 2005/06.

Dortmund dan Shalke turut tersingkir pada pusingan 16 terbaik, masing-masing di tangan Tottenham dan Manchester City dan ini kali pertama Bayern gagal melangkah ke suku akhir saingan sejak kali terakhir pada 2011.

“Kedua-dua pasukan sangat berhati-hati dalam satu tempoh yang lama, tetapi gol kedua membuang kepercayaan yang ada dalam diri kami,” kata pertahanan Bayern, Mats Hummels.

“Jurgen Klopp sangat bagus dalam mengimbangi kekuatan lawan dan dia sekali lagi dapat melakukannya. Kami tidak bermain dengan begitu baik dalam usaha mencipta peluang pada tahap ini.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7613

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5257

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news