Lupakan janji 100 hari, beri ruang pada kerajaan – Rafidah Aziz 0 5681

WAWANCARA | Tan Sri Rafidah Aziz meminta rakyat untuk “melupakan” janji 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memberi ruang kepada kerajaan baru berjalan dengan baik.

Beliau berkata ini kerana perubahan positif tidak akan berlaku segera.

“Jika kita lupakan tentang (tempoh) 100 hari, kita boleh benarkan kerajaan untuk berjalan dengan baik. Sangat penting untuk rakyat faham, semua (langkah) ini tidak boleh terjadi segera, tiada ‘tongkat sakti’ untuknya.

“Kita perlu bersikap wajar, sepuluh tahun diperlukan untuk semua (masalah negara) ini terjadi dan (sementara) kita tak mahu ambil masa sepuluh tahun (untuk membaikinya), kita juga tidak mahu hanya 100 hari.

“Kita tidak mahu sebarang reaksi tak dijangka (knee-jerk),” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Antara sepuluh janji 100 hari dalam manifesto HARAPAN adalah memansuhkan GST, memansuhkan tol, mengembalikan subsidi petrol dan penangguhan pembayaran hutang PTPTPN kepada peminjam yang berpendepatn kurang RM4,000.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengakui sebahagian janji jangka pendek ini mungkin ditangguh berikutan hutang negara RM1 trilion.

Tiga langkah pemulihan

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan tiga langkah penyelesaian bagi mengukuhkan kembali ekonomi negara.

Beliau berkata tiga langkah ini perlu dilaksanakan serentak.

“Pertama adalah pemulihan, untuk isu seperti 1MDB dan masalah hutang kita.

“Seterusnya memperbetulkan kesalahan. Ia perlu dilakukan bukan?

“Ketiga adalah merancang ke hadapan berdasarkan apa yang kita ada sekarang,” katanya lagi.

Rafidah yang merupakan pensyarah ekonomi sebelum menyertai politik berkata langkah pertama dan kedua perlu disegerakan sekarang, manakala langkah ketiga lebih kepada pendekatan jangka panjang.

“Sesetengahnya sudah perlu dilakukan sekarang…(Tetapi kita juga perlu) melihat kepada sistem itu sendiri; sistem yang sebahagian daripada undang-undang dan peraturan, sebahagian daripada pentadbiran.

“Ini untuk mengenalpasti di mana bahagian yang (sebelum ini) dipintas atau diabaikan dengan mudah,” katanya.

Tedahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan agenda utamanya adalah memperbaiki ekonomi negara.

Sebaik saja mengangkat sumpah, beliau menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan diketuai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin untuk memberi cadangan kepada kerajaan dalam soal reformasi ekonomi.

Selain itu, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) – diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah – juga ditubuhkan untuk mengkaji dan memberi cadangan tentang pembaharuan institusi negara. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news