Peniaga disaran pamer harga asal dan selepas sifar GST 0 5571


KLANG – Para peniaga disaran mempamerkan harga asal dan harga selepas penetapan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi membolehkan pengguna mengetahui harga sebenar dinikmati mereka.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, langkah tersebut secara langsung menunjukkan ketelusan dalam kalangan peniaga yang menjual barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.

“Kalau harga selepas sifar GST contohnya RM4.41, maka tulis harga itu dan bukannya menulis pada harga RM4.45 dan sebagainya supaya dilihat berlakunya penurunan kepada harga sebenar.

“Sekiranya para pengguna berasa tidak berpuas hati dengan harga diturunkan itu mereka boleh terus menghubungi pihak KPDNKK atau Kastam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengarah Kastam Selangor, Datuk Sarip Ismail melakukan tinjauan pelaksanaan sifar GST bermula hari ini di Pasaraya NSK Sentosa di sini.

Menurut beliau, pihaknya melakukan pemeriksaan setiap hari bersama Kastam bagi memastikan rakyat mendapat faedah menerusi perlaksanan tersebut.

“Sekiranya peniaga gagal menurunkan harga bermula pukul 12.01 tengah malam tadi, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang menbawa hukuman penjara sehingga RM3 tahun dan denda maksimum RM100,000 bagi perseorangan dan denda RM500,000 bagi syarikat,” jelasnya. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15342

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news