Malaysia Airlines teruskan misi bawa pulang rakyat 0 5285

Malaysia Airlines teruskan misi bawa pulang rakyat

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) meneruskan misi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas walaupun dalam keadaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan dan PKP Bersyarat di negeri tertentu.

Setakat ini, syarikat penerbangan nasional itu sudah berjaya membawa pulang lebih 20,000 penumpang kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Pada masa sama, usaha itu turut membuka peluang untuk syarikat itu melakukan penerbangan ke bandar-bandar baharu di luar rangkaiannya termasuk destinasi di serata Asia, Timur Tengah, Eropah serta Afrika seperti Cam Rahn, Sudan Selatan, Kaherah, Turkmenbashi, Turkmenabat , Dili, Nadi dan Port Moresby yang tidak banyak menawarkan penerbangan komersial.

Setakat ini, MAB sudah menjalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020 dengan menggunakan pesawat jenis A380, A350, A330-300 dan B737-800.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAB, Ahmad Luqman Mohd Azmi, berkata ini termasuk 168 khidmat sewa khas menerusi kerjasama strategik dengan kementerian-kementerian dan pertubuhan.

“Pengalaman sedemikian mencabar namun menarik kerana membolehkan kami beroperasi di pasaran baharu dalam keadaan semasa yang memerlukan aspek keselamatan dan kesihatan serta kawalan sempadan lebih ketat di negara terbabit.

“Bagaimanapun, libat urus secara aktif dengan kedutaan-kedutaan, kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan dan pihak pengawal seliaan membolehkan misi itu dapat disempurnakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tempoh sama, syarikat sekutunya, MAB Kargo Sdn Bhd telah bekerjasama dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengangkut lebih 2,000 tan peralatan perubatan dan keperluan bantuan bencana ke wilayah terjejas di serata dunia.

“Ini termasuk ventilator, sarung tangan pembedahan dan baju perlindungan diri untuk pelbagai pertubuhan menerusi lebih 50 penerbangan P2C (penumpang berbanding kargo) dan CIC (kargo dalam kabin).

“CIC itu membolehkan syarikat penerbangan membawa kargo di tempat duduk, ruang simpanan atas, almari dan ruang bawah kerusi, bergantung kepada saiz kotak,” katanya.

Pasukan MABkargo juga berusaha bagi memastikan semua penghantaran dibuat mengikut jadual, sekali gus mencatat peningkatan secara berperingkat dari segi angka eksport syarikat itu.

Aliran yang menggalakkan itu turut meningkatkan jumlah berkaitan yang mana angka pada Ogos lalu kini setara dengan paras sebelum COVID-19, didorong oleh pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi dan penggunaan khidmat penerbangan P2c bagi menampung kehilangan kapasiti ruang simpanan dalam perut pesawat.

Ahmad Luqman berkata, permintaan terhadap keperluan perubatan di serata dunia juga turut menyumbang dari segi memastikan pesawat MAB terus beroperasi dan terminal kargo terus aktif.

“Jadual penghantaran kami diselaraskan untuk menepati keinginan pelanggan. Walaupun jumlah penerbangan dalam rangkaian berkurangan, kami terus menyokong rantaian nilai perniagaan harian selain memastikan gangguan dapat diminimumkan,” katanya. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news