Mangsa lemas menjerit meminta pertolongan sebelum hilang dibawa arus sungai si Julau 0 5521

JULAU: Seorang lelaki dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak tengah malam kelmarin, yang dipercayai hilang dibawa arus di kawasan Sungai Entabai Julau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Anjan Nyua berusia 66 tahun dari Rumah Anding Nanga Jemak, Sungai Entabai Julau.

“Dalam kejadian tersebut mangsa dipercayai baharu pulang seorang diri dari menghadiri majlis Pra  Gawai di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entabai Julau.

“Menurut beberapa orang penduduk dari rumah panjang Rumah Minggat, Nanga Sayong, pada jam sekitar 1 atau 2 pagi, mereka ada terdengar suara dan jeritan dari arah sungai terbabit yang meminta tolong.

“Namun setiba mereka di tebing sungai berkenaan, penduduk dari rumah panjang terbabit hanya melihat perahu dan enjin sangkut mangsa yang berada dalam keadaan hanyut, tetapi mangsa tiada di dalam perahu terbabit,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dalam masa yang sama juga, anak mangsa turut mengesahkan perahu dan enjin sangkut yang hanyut tersebut adalah milik bapanya.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju hijau berbelang kuning dan Berseluar panjang.

Berikutan itu, laporan polis telah dibuat  dan Operasi  Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dilancarkan untuk mencari mangsa dan hari ini operasi tersebut memasuki hari kedua pencarian. – Utusan  Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13391

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news