Masa depan Sarawak ditentu oleh rakyat sendiri – Abang Johari 0 5785

KUCHING: Sarawak mengambil keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana mahu menentukan sendiri masa depan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata hanya rakyat Sarawak yang dapat tahu dan dapat menentukan masa depan Sarawak bukan ‘orang luar’.

“Sarawak keluar daripada BN kerana merasakan masa depan, takdir negeri ini hanya ditentukan oleh rakyat Sarawak sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Kota Sentosa) yang mempersoalkan kenapa Sarawak keluar BN hanya selepas BN menjadi pembangkang di peringkat persekutuan.

Mengenai cubaan kerajaan persekutuan selama ini untuk menceroboh hak-hak Sarawak, Abang Johari berkata Sarawak telah belajar daripada apa yang berlaku pada masa lalu, dan Ahli Parlimen dan Menteri dan kerajaan Negeri telah dapat menyekat perkara itu daripada terus berlaku.

“Saya fikir anda, Kota Sentosa (Chong) sepatutnya melakukannya kerana kini berada dalam kerajaan persekutuan (sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan melakukan apa yang kali buat,” katanya.

Abang Johari berkata beberapa ahli dewan dari pembangkang bertanya ‘kenapa (baharu) sekarang’ GPS tegas mempertahankan kepentingan dan hak-hak berperlembagaan Sarawak.

Beliau berkata tugas mempertahankan dan melindungi hak-hak berperlembagaan, wilayah Sarawak dan kepentingan khasnya adalah tanggungjawab berterusan yang mesti dilakukan lebih-lebih lagi apabila hak-hak negeri ini dicabuli.

Selain itu katanya Kerajaan GPS akan meneruskan usaha untuk mendapatkan penurunan kuasa dalam pendidikan dan perkara berkaitan kesihatan.

Kerajaan GPS katanya merasakan prestasi kerajaan persekutuan dalam dua aspek penting ini kurang memuaskan.

“Terdapat kuasa perlembagaan mencukupi di bawah Perkara 95C(1)(b) dibaca bersama Perkara 80(4), untuk kerajaan persekutuan memindah peranan-peranan eksekutif pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada Sarawak serta menyediakan peruntukan mencukupi kepada Sarawak menjalankan peranan-peranan eksekutif ini.

“Saya mahu memberi jaminan kepada Dewan ini, apabila kuasa pendidikan dan kesihatan diserahkan kepada Sarawak, kerajaan negeri akan dapat menyediakan piawaian perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang memenuhi harapan rakyat Sarawak,” katanya.

Justeru ujarnya GPS akan menganggap tugas paling utamanya ialah melindungi hak-hak berperlembagaan negeri ini dengan sentiasa mengutamakan Sarawak. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news