Pemburu maut ditembak selepas disangka babi hutan di Lawas 0 5996

LAWAS: Disangka babi hutan, seorang pemburu maut selepas ditembak seorang pemburu lain dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Samling di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memberitahu, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam ketika suspek, seorang petani berusia 54 tahun dari Kampung Sahabat Baru sedang pergi berburu.

“Ketika itu, dia terlihat suatu objek sedang bergerak di dalam gelap dan menyangkakan ia seekor babi hutan.

“Justeru suspek dengan pantas melepaskan satu das tembakan yang mengenai sasaran.

Suspek katanya, bagaimanapun terkejut apabila terdengar jeritan suara manusia dan bergegas ke arah suara tersebut.

“Dia kemudian mendapati seorang lelaki terbaring, dipercayai terkena tembakannya dan beberapa minit kemudian menghembuskan nafas terakhir.

Suspek kata Abang Zainal, kemudian pantas kembali ke rumahnya dan memaklumkan kejadian kepada adiknya.

“Suspek dan adik kemudian pergi ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan sebelum menyerahkan senjata iaitu selaras senapang yang digunakan.

Suspek ditahan lanjut, manakala pemeriksaan pasukan siasatan ke lokasi yang merupakan lereng bukit sebuah ladang kelapa sawit menemui mayat mangsa dengan tiga kesan tembakan di tepi badan.

“Kita turut menemui selaras senapang dan satu beg berwarna hitam yang berisi satu kelongsong peluru.

Mayat mangsa tambahnya, telah dihantar ke Hospital Limbang untuk bedah siasat manakala senapang dan peluru dihantar ke Cawangan Persenjataan untuk ujian balistik.

Sehingga pagi tadi, identiti mangsa masih belum dikenal pasti tetapi menurut suspek, penduduk setempat memanggilnya Diki, yang dipercayai berasal dari Long Bawan, Indonesia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news