MASYARAKAT BIDAYUH DISARAN BERSAING DENGAN ETNIK LAIN 0 5807

KUCHING, 30 Jun (Bernama) – Seorang pemimpin Sarawak menasihati  masyarakat Bidayuh supaya bersaing bersungguh-sungguh dengan etnik lain dalam semua bidang.
 
Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan  Sarawak, juga berkata ibu bapa Bidayuh tidak boleh sekali-kali mengambil ringan tentang pendidikan anak masing-masing.
 
Sehubungan itu, beliau, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Mambong, tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menutup sekolah yang tidak mempunyai banyak murid, terutama yang terdapat di kawasan Bidayuh serta memuji persatuan Bidayuh yang menyuarakan bantahan terhadap cadangan itu.
 
“Semua persatuan suku kaum Bidayuh perlu bekerjasama rapat demi manfaat masyarakat Bidayuh,” katanya pada majlis penyampaian insentif pendidikan Persatuan Biperoh Kuching (BAK) dan penutupan festival Gawai di sini malam tadi.
 
Pada  majlis itu, 37 pelajar yang mendapat  keputusan  cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM menerima insentif daripada anggota suku kaum Biperoh.
 
Berucap pada majlis berkenaan, presiden BAK Mangan Ngandok berkata persatuan itu berharap Anggota Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin akan dilantik menyandang jawatan di peringkat persekutuan, sekurang-kurangnya  sebagai timbalan menteri.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news