Mayat mangsa terakhir bot panjang karam, warga emas dijumpai 0 5718

JULAU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat mangsa terakhir tragedi bot panjang karam di Nanga Ensiring Julau hari ini, sebelum menjumpai mayat seorang warga emas yang lemas di Nanga Sayong Entabai Julau lebih kurang sejam kemudian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, mayat Eviline Linty Kaya, 23 ditemui di kawasan Lubuk Juge, Nanga Selurung pada jam 9.55 pagi manakala mayat Anjan Nyua, 66 dijumpai pada jam 11.08 pagi.

“Kedua-dua lokasi kejadian ini adalah berada laluan sungai yang sama dan berikutan dengan penemuan kedua-dua mangsa tersebut, operasi SAR ditamatkan operasinya pada jam 12 tengah hari tadi.

“Kedua-dua mayat yang ditemui tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Dalam kejadian 5 petang Khamis lepas, empat sekeluarga yang sedang dalam perjalanan pulang menaiki bot panjang kerumah panjang mereka di  Rumah Bedali, Nanga Ensiring, karam di kawasan yang dikenali sebagai Lubuk Sepali yang terletak lebih kurang 50 meter dari jeti rumah panjang mereka.

Akibat kejadian tersebut, tiga orang mangsa, iaitu dua wanita Lenny Ingang, 54 tahun dan Eviline Linty Kaya, 23 tahun serta seorang  kanak-kanak lelaki Kelvin Sama Markus, 6 tahun dilaporkan hilang dibawa arus sungai yang deras, manakala pemandu bot, Markus Kaya, 25, terselamat.

Pada tengah hari Jumaat lepas, mayat seorang wanita yang dipercayai Lenny Ingang, dijumpai di  kawasan tebing sungai berhampiran dengan Rumah Gani, Wong Bar, di sini, manakala mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan di Nanga Sepancur.

Dalam kes berasingan pada 22 Mei yang membabitkan kehilangan seorang lelaki warga emas, mangsa dilaporkan hilang disungai terbabit ketika balik dari menghadiri majlis Pra Gawai di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entabai Julau pada jam sekitar 12.30 tengah malam. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14911

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8359

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news