Sah GST sifar 1 Jun, peniaga turunkan harga, kata kastam 0 5465

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan pada kadar sifar peratus berkuatkuasa 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara, kata kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subramaniam Tholasy.

“Kerajaan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar standard 6 peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus berkuatkuasa 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

“Semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Peniaga-peniaga dikehendaki manyalurkan penjimatan daripada kadar standard 6 peratus kepada kadar sifar peratus kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Subramaniam juga berkata kerajaan tidak melaksanakan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) bermula pada 1 Jun 2018 dan tarikh sebenar pelaksanaan cukai itu akan diumumkan kemudian.

“Kerajaan juga tidak melaksanakan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) bermula pada 1 Jun 2018 dan tarikh sebenar pelaksanaan SST akan diumumkan kemudian.

“Oleh yang demikian, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan…” kata kenyataan itu lagi.

Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto PRU14 berjanji akan memansuhkan GST.

Sebelum ini, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz menegaskan pemansuhan GST adalah muktamad dan keputusan itu tidak akan dikaji semula

Zeti merupakan salah seorang daripada lima anggota Majlis Penasihat yang dilantik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13471

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news