PUSA: Misteri kehilangan sepasang suami isteri dari Kampung Semarang ketika sedang menangkap ikan di laut semalam terjawab hari ini.
Kira-kira jam 9. 15 pagi tadi pasukan operasi mencari dan menyelamat ( SAR) berjaya menemukan mayat salah seorang mangsa.
Mayat Yunus Morni, 58 tahun, ditemui di kawasan perairan Kabong dalam keadaan yang masih sempurna.
Bagaimanapun isterinya Zahara Hamzah, 54 tahun, masih gagal ditemui hingga kini.
Pasangan tersebut dikatakan keluar ke laut awal pagi semalam dengan bot nelayan milik mereka untuk menangkap ikan.
Kedua-dua pasangan berkenaan mempuyai empat orang anak. Anak sulung pasangan tersebut kini sedang belajar di Mesir.
Anak kedua mereka seorang askar, yang ketiga juga telah bekerja dan yang bongsu baharu sahaja tamat tingkatan 5.
Menurut seorang penduduk, Maden Amat, 42, isteri Yunus berasal dari Johor dan telah lama menetap di Semarang.
Pada hari kejadian perahu milik mangsa berkenaan ditemui penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi di kawasan perairan laut Kabong dengan enjin bot berkenaan masih hidup namun pemilik bot dan isteri tiada di dalam bot tersebut.
Menurut seorang penduduk, ketika bot dijumpai pukat ikan masih berada di dalam bot tersebut.
Jenazah Yunus kini telah berada di kampung halamannya di Semarang untuk urusan selanjutnya.
Sementara itu operasi SAR masih diteruskan bagi menjejak isteri mangsa yang masih belum dijumpai. βSarawakvoice