Menang PRU14, Dr Sim janjikan 5,000 rumah mampu milik untuk penduduk Parlimen Stampin 0 5589

BAU: ” Jika saya menang, saya akan bina 5,000 unit rumah mampu milik di kawasan Stampin bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan tersebut,” kata calon Barisan Nasional bagi Parlimen Stampin, Datuk Dr Sim Kui Hian hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata, beliau menyasarkan 1,000 unit rumah setiap tahun untuk tempoh lima tahun.

“Bagi menjayakan usaha ini, kita akan menggunakan gabungan peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM300 juta, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Rumah Contoh Projek Perumahan Mampu Milik (RMM), di Kampung Bunga Rampai di sini, pagi tadi.

Ketika ini katanya, Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA) dan Program Rumah Spektra Permata untuk rakyat.

“Menerusi Program Rumah Spektra Permata, pemohon disyaratkan berpendapatan bulanan di bawah RM4,000 sebulan dan memiliki tanah sendiri,”katanya.

Terdahulu di majlis tersebut, sebanyak 122 unit RMM akan dibina dengan menggunakan reka bentuk rumah teres setingkat dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

“Projek ini merupakan penyelesaian kepada isu tanah runtuh di Kampung Bunga Rampai sebelum ini.

“Harapan saya agar RMM dapat menyelesaikan masalah penduduk apabila mereka membeli RMR yang disediakan kerajaan,” katanya.

Projek ini dijadualkan selama 21 bulan bermula 15 Januari lepas dan dijangka siap pada 14 Oktober 2019.

Ia melibatkan dua kategori iaitu Jenis 1 sebanyak 78 unit manakala Jenis 2 sebanyak 44 unit. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13544

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news