Meninjau Hubungan Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan Baharu 0 5692

spekulasi hangat diperkatakan di media mengenai sentimen yang BN Sarawak bakal menyertai bahtera kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan selepas mendapat majoriti mudah mengalahkan parti BN dan UMNO dalam PRU-14 yang baru melabuhkan tirainya. Bahtera Malaysia yang baharu diterajui kini oleh seorang pemimpin yang berumur dekat 93 tahun iaitu Tun Dr Mahatir Mohammad.

Seperti yang sedia maklum dengan kekalahan UMNO-BN pada PRU 14 ini menunjukkan kuasa politik BN pada peringkat Persekutuan telah mengecil dan BN kini menjadi Parti Pembangkang terbesar di peringkat Persekutuan. Malahan, di negeri Sarawak juga parti BN yang kini memerintah Sarawak merupakan negeri terbesar yang ditadbir oleh parti Pembangkang di Malaysia. Apakah ironinya sekiranya parti Pembangkang BN Sarawak ini diterima menyertai parti pemerintah iaitu PH? Ini merupakan perkara yang amat menarik untuk dilihat oleh semua pemerhati politik.

Dari segi demokrasi, perkara begini boleh merencatkan proses demokrasi yang menjadi harapan rakyat. Adakah keputusan menerima BN Sarawak ini dalam PH mendapat restu penyokong mereka di Sarawak? Ini jelas apabila kedua-dua pemimpin tertinggi PKR dan DAP Sarawak menyatakan mereka tegas menolak kemasukan BN Sarawak dalam PH. Malahan tindakan ini menunjukkan perjuangan mereka sebelum ini tidak dihargai sekiranya ‘musuh politik’ mereka selama ini akan menaiki bahtera Malaysia yang baharu ini. Adakah tujuan mereka selama ini yang menjadi suara rakyat dalam memastikan pihak yang memerintah melakukan kerja dengan penuh bertanggungjawab menjadi sia-sia sahaja. Saya bersetuju dengan pendapat Dr. Awang Azman Awang Pawi, proses semak dan imbang dalam urus tadbir kerajaan Negeri Sarawak perlu diteruskan untuk menyuburkan demokrasi di Negeri ini.

Justeru, untuk memperhalusi perkara ini, kedua-dua belah pihak perlu bertanya kepada rakyat yang memberi sokongan kepada mereka sebelum ini mengenai pendapat rakyat. Kepentingan serta suara rakyat perlu diambilkira terutama bagi penyokong kerajaan yang baharu. Pihak-pihak NGOs yang mewakili rakyat Sarawak perlu tampil kehadapan untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan sampai suara rakyat yang menyokong kerajaan baharu ini tidak didengari dan boleh mengakibatkan mereka kecewa.

Hubungan yang baik diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat menjadi faktor penentu kepada segala urus tadbir serta dana untuk membangunkan sesebuah negeri yang tidak sama parti yang memerintah. Tuntasnya, politik harus memandang ke hadapan, kerajaan baharu ini pasti akan berlaku adil kepada setiap Negeri di Malaysia ini walaupun bukan di tadbir oleh parti mereka. Kelangsungan pembangunan serta tiada ketirisan berlaku dalam tadbir urus harus diutamakan oleh mana-mana parti politik sekarang. Polisi-polisi yang tepat serta sampai kepada golongan sasaran adalah amat penting untuk memastikan ia memberi kebaikan kepada rakyat yang telah memilih anda.

Apa yang pasti, kerajaan yang baru ini pasti lebih matang dalam politik dan tidak akan melakukan perkara yang tidak adil kepada mana-mana negeri yang bukan di bawah pemerintahan mereka seperti Sarawak. Ini kerana kerajaan baru pasti tahu mengenai demokrasi yang mengutamakan suara rakyat tidak kira latar belakang politik. Kematangan serta kesungguhan dalam politik perlu ada dalam mana-mana parti politik untuk terus kekal relevan pada masa hadapan. Apa pun keputusan, untuk menerima kemasukkan BN Sarawak dalam PH, pimpinan tertinggi PH Pusat perlu berunding dengan kepimpinan PH Negeri Sarawak. Suara rakyat harus didengari dalam membuat keputusan kerana anda berada di sana ditentukan oleh rakyat. –Sarawakvoice

Penulis merupakan penganalisis politik yang fokus kepada politik kaum Iban di Luar Bandar serta pensyarah dalam bidang politik di UNIMAS. 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news