Najib letak jawatan presiden Umno, pengerusi BN 0 5609

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Najib mengumumkan perkara itu pada sidang media di Menara Dato Onn, ibu negara hari ini.

Dengan peletakan jawatan itu juga Biro Politik Umno memutuskan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjalankan tugas-tugas sebagai presiden parti.

Selain Ahmad Zahid, turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin kanan lain dalam Umno termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Kata Najib, mesyuarat biro politik yang bersidang sebentar tadi kami mengambil kira keadaan semasa “yang begitu getir” kesan pilihan raya umum Rabu lalu.

“Memandangkan bahawa Umno dan BN telah mengalami kekalahan amat berat maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengmbil keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta,” katanya.

Ekoran pelantikan Ahmad Zahid, Hishammuddin pula dilantik oleh parti itu untuk menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN.

“Ketiga-tiga sayap Umno memberi sokongan sepenuhnya kepada cadangana ini,” kata Najib.

Untuk rekod, Ahmad Zahid dan Hishammuddin ialah naib presiden Umno. Jawatan timbalan presiden parti itu kosong berikutan pemecatan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin – MK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13467

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news