Tiada diesel, bekalan elektrik lebih 40 sekolah terjejas di Miri dan Lawas 0 5637

MIRI: Lebih 40 sekolah menengah dan rendah di pedalaman Miri dan Lawas berdepan masalah bekalan elektrik berikutan krisis kekurangan bekalan bahan api, diesel.

Dilaporkan, ada sekolah bergelap sejak lebih 10 hari lalu disebabkan kontraktor yang dilantik gagal menghantar bekalan bahan api bagi menampung keperluan bekalan elektrik di sekolah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat mengenai masalah yang dihadapi sekolah berkenaan.

“Terdapat sekolah di Miri, terutama di luar bandar mula kehabisan stok bekalan bahan api,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut isu berkenaan.

Difahamkan, antara sekolah yang berdepan dengan masalah kehabisan sumber bekalan bahan api, ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh dan SMK Temenggong Lawai Jau di sini, sejak lebih 10 hari lalu.

Ketika ini, 28 sekolah rendah di Baram juga semakin kekurangan sumber bahan api.

Turut berdepan krisis yang sama ialah sekolah di Lawas, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Tengoa, SK Long Luping, SK Ba’Kelalan, SK Long Semadoh dan SK Long Sukang.

Walaupun cuti pertengahan persekolahan bermula 8 Jun lalu hanya berakhir pada 23 Jun ini, namun pejabat pentadbiran sekolah beroperasi seperti biasa, dengan kakitangan bukan guru masih bertugas pada waktu pejabat dan memerlukan bekalan bahan api untuk menghidupkan generator.

Tanpa bahan api itu, kakitangan terbabit tidak dapat menghidupkan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik dan sistem pam air sekolah.

Setiap sekolah berkenaan memerlukan kira-kira 5,000 liter minyak diesel sebulan, namun 10 sekolah yang lebih ramai bilangan pelajarnya memerlukan sehingga 15,000 liter bahan api diesel setiap bulan dengan dua kali penghantaran diperlukan dalam tempoh itu.

Antara sekolah yang memerlukan bahan api yang banyak ialah SMK Temengong Datuk Lawai Jau di Long San, Ulu Baram, yang mempunyai 800 pelajar dan lebih besar daripada SMK Tutoh Apoh di Long Panai di Baram Tengah, kedua-duanya dalam kawasan Adun Telang Usan.

Sementara itu, pegawai pendidikan daerah tidak dapat dihubungi untuk mengulas isu berkenaan, namun difahamkan laporan polis sudah dibuat oleh Kementerian Pendidikan di Putrajaya beberapa hari lalu berhubung isu itu, bagi membolehkan siasatan dijalankan–BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13514

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news