Najib akan didakwa tidak lama lagi – Tun M 0 5775

TUN Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai ketika tiba untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia bermula hari ini. – Foto BERNAMA

TUN Dr Mahathir Mohamad disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta, hari ini. – Foto BERNAMA

JAKARTA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan Najib, termasuk dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nyata menyebabkan kerosakan besar kepada sistem negara.

“Ada yang bertanya kenapa begitu lama tiada tindakan pun, tapi dia diberi layanan sebagai mantan Perdana Menteri.

“Saya fikir tidak lama lagi, ..untuk bawa kes ini (1MDB) ke mahkamah, ia memerlukan bukti mencukupi supaya tidak kalah di mahkamah,” katanya kepada lebih 300 warga Malaysia pada Sesi Khas Bersama Perdana Menteri di Kedutaan Besar Malaysia di sini, malam ini.

Perdana Menteri berada di sini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Dr Mahathir berkata, penyiasat perlu menentukan wang dan pembelian barangan mewah adalah datang daripada wang 1MDB.

“Kena tentukan Najib dan isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor) dan Jho Low (Low Taek Jho) akan diteliti dan kumpul bukti jelas yang tidak dapat dinafikan oleh peguam Najib di mahkamah,” katanya.

Beliau juga berkata, desakan kepada kerajaan untuk membuka semula banyak kes perbicaraan yang tidak diadili dengan baik di bawah pentadbiran terdahulu.

Ini katanya, termasuk perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kerajaan beri jaminan ia akan dibuat mengikut lunas undang-undang.

Dalam ucapannya Dr Mahathir turut menyentuh mengenai sokongan rakyat Malaysia di luar negara yang bersemangat untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) dan menumbangkan Barisan Nasional (BN).- Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13857

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8169

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news