Najib akui Sarawak sangat dekat di hatinya, sudah 60 kali berkunjung 0 5498

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan beliau terus melindungi hak Sarawak dan terus membangunkan negeri ini.

“Saya sudah 60 kali mengunjungi Sarawak, melakukan 163 ‘walkabouts’ di 60 lokasi, dan banyak projek dilaksanakan dengan peruntukan besar RM22 bilion diberikan untuk Lebuh Raya Pan Borneo,” ujar Najib.

Beliau mengaku menyerahkan Empangan Bakun kepada Sarawak dengan keupayaan empangan tersebut membekalkan keperluan tenaga yang mampu menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri ini.

Najib mengaku meletakkan Sarawak dekat di hati beliau melalui komitmen yang diterjemahkan dengan pelbagai projek dilaksanakan secara kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Bercakap pada program Makan Malam bersama Rakyat 2018 di Kelab Golf dan Desa Eastwood Valley pada Rabu malam, Najib mengaku tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung rakyat negeri ini.

“Saya tak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata yang boleh menguris hati rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. –Sarawakvoice

Foto: Bernama/Gambar fail

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news