Najib lawat Marudi, Belaga dan Bekenu dalam jadual ketat hari ini 0 5594

MIRI: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tiba di Miri petang semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Sarawak, dengan serampang dua mata termasuk mendengar taklimat terakhir persediaan jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Miri disambut Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, manakala menteri pengiring ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ia lawatan pertama Najib selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang lalu.

Sekitar jam 9.15 pagi ini, Najib dijadualkan bertemu rakyat dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Baram di Marudi.

Pembukaan jambatan ini penting bagi membolehkan laluan darat ke kawasan ini, termasuk Mulu dirintis.

Dalam tempoh kurang 10 tahun, Taman Negara Mulu akan dapat dilalui dengan laluan darat, dan ini dijangka akan memberi impak dari pembangunan, ekonomi agro dan ekopelancongan.

Sekitar jam 11.15 pagi, bergegas dari Marudi, Perdana Menteri dijadual untuk berada di Belaga bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Penyerahan Loji Hidrolektrik Bakun kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Sarawak Energy Berhad sebelum ini telah mengambil alih pengurusan Sarawak Hydro Berhad daripada Menteri Kewangan Diperbadankan.

Pada jam 2.25 petang, Najib akan bertemu rakyat dan mengadakan tinjauan mesra ke Pusat Transformasi Luar Bandar dan Esplanad di Bekenu.

Di semua kawasan, Najib dijangka mengumumkan pelbagai ‘hadiah’ dan ‘buah tangan’ untuk penduduk negeri ini.

Beliau dijangka terbang balik ke Subang menggunakan pesawat rasmi selepas itu.

Parlimen Baram merupakan antara kawasan ‘panas’ dan “tidak stabil’ setiap Pilihan Raya Umum.

Manakala Parlimen Sibuti dijangka mengemukakan calon baharu bagi menggantikan penyandang, Datuk Ahmad Lai Bujang. –Sarawakvoice  

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news