Najib hadir solat terawih di KL 0 5569

Biarlah apa saja kata-kata yang ditujukan kepada beliau, nampaknya Datuk Seri Najib Razak tetap tenang menghadapi hari yang mendatang.

Malam ini bersempena dengan kedatangan Ramadan anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu hadir di khalayak mengerjakan solat terawih.

Bekas perdana menteri itu hadir di Masjid Kampung Baru di tengah Kuala Lumpur ketika namanya disenarai hitam oleh kerajaan daripada meninggalkan negara ini.

Berkongsi detik solat terawih itu di Twitter Najib turut memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Bukhari.

β€œSesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

“Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kampung Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT,” katanya.

 

 

Mengiringi ciapan itu ialah tiga keping gambar beliau berbaju merah hati sedang sembahyang serta berdoa dengan khusuk.

Kerajaan sedang menjalankan siasatan secara intensif terhadap skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib dan media melaporkan ada kemungkinan beliau akan didakwa di mahkamah.

Sementara itu pemimpin utama kerajaan Pakatan Harapan berkumpul di Petaling Jaya untuk menghadiri majlis himpunan menyambut pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13387

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8126

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news