PBB sertai PH cerita dongeng – Abdullah Saidol 0 5636

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen tidak perlu berasa bangga dengan andaian mengarut beliau tentang desas-desus Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menyertai pakatan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol (gambar) yang berkata demikian menambah, persoalan sekarang ialah mengapa Chong begitu teruja atau mungkin menunjuk reaksi tergugat dengan berita palsu itu.

“Reaksi Chong sehingga tiba-tiba melalut membangkitkan tentang hasrat beliau untuk menangkap semua pemimpin-pemimpin yang korup.

“Nasihat saya ialah beliau harus memulakan tindakan beliau dengan menyiasat dulu pemimpin-pemimpin korup yang sekarang ini ramai dalam rumah PH mereka sendiri.

“Mengapa bersikap hipokrit dan double standard,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Merujuk amalan rasuah dan salah laku yang dibangkit Chong, mungkin beliau merujuk kepada pemimpin mereka sendiri.

“Pemimpin inilah yang mereka tentang, kritik dan cemuh dengan bersungguh-sungguh tanpa henti sepanjang 22 tahun pemimpin itu menjadi Perdana Menteri dulu.

“Tiba-tiba pemimpin ini menjadi pujaan mereka dan diangkat menjadi penyelamatnegara kononnya,” ujarnya.

Menurutnya, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba-tiba lupa tentang berbagai tuduhan amalan rasuah dan salah laku yang mereka lemparkan terhadap beberapa pemimpin yang dulunya lawan mereka. Mungkin amalan mereka, sesiapa yang menyertai PH akan dimaafkan serta dikecualikan dari sebarang tindakan undang-undang.

Chong bercakap tentang perjuangan DAPdalam isu-isu intergriti dan mencadangkan supaya mereka yang ingin menyertai PH mestilah melalui proses saringan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Yang peliknya dan fakta yang benar ialah semua calon PH tidak pernah dirujuk ataudiproses oleh SPRM sebelum bertanding dalam PRU baru-baru ini,” katanya.

PBB merupakan sebuah parti dalam komponen BN yang dipilih melalui pilihan raya negeri dua tahun lepas untuk mentadbir Kerajaan Negeri Sarawak, jelasnya.

Perlu diingatkan Sarawak adalah pihak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963. Semua parti dalam komponen BN Sarawak adalah parti politik tempatan yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin ulung anak jati Sarawak dari pelbagai etnik.

PBB seperti rakan-rakan lain dalam komponen BN Sarawak telah melalui perjalanan sejarah politik yang lama serta proses kematangan politik dan terlibat secara langsung evolusi permodenan Sarawak yang seluas Semenanjung Malaysia.

“PBB akan mempertahankan integriti serta maruah perjuangan politik kami dan tidak sesekali akan bertindak seperti katak.

“PBB tidak terdesak kerana kami dalam BN Sarawak secara amnya tahu di mana letaknya kekuatan serta kelebihan kami diSarawak.

“Kami warga Sarawak sentiasa bangga dengan kesederhanaan sikap, perpaduan serta keunikan kami.

“Kami akan terus bersatu dalam kepelbagaian agama dan budaya,” ujarnya.BN Sarawak sentiasa menghargai ciri-ciri demokrasi iaitu sama-sama bersetuju untuk kadang-kadang tidak sependapat, jelasnya

BN Sarawak juga menghormati pilihan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umumbaru-baru ini dengan perasaan yang terbuka dan berazam untuk bekerja dengan lebih kuat lagi demi kepentingan semua lapisan masyarakat terutama sekali di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan kesediaan pentadbiran beliau untuk bekerjasama dengan kerajaan baru di peringkat persekutuan.

“Ini bermaksud kerjasama dalam soal-soal pentadbiran dalam lingkungan sistem persekutuan yang kita amalkan,” ujarnya. Kerajaan Negeri akan memastikan kerjasama ini akan berlandas Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan menjejaskan hak serta kepentingan negeri.

Abdullah berkata lagi, Kerajaan Negeri juga akan memantau dengan teliti perkembangan serta usaha Kerajaan Persekutuan yang ditadbir PH ini untuk mengotakan janji-janji kempen dan manifesto mereka terutama sekali yang melibatkan kepentingan Negeri Sarawak.

Perlu dinyatakan juga bahawa Kerajaan Negeri yang diketuai Abang Johari tidak akan berganjak malah meneruskan usahauntuk menuntut segala hak-hak serta kepentingan negeri yang termaktub secara sah dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri sekarang ini berada dalam situasi yang amat bersedia dan akan mempertimbangkan berbagai pilihan untuk mempastikan tuntutan negeri ini dihormati, diberi perhatian dan menghasilkan keputusan-keputusan yang sewajarnya, tegasnya.

“Kesungguhan serta keberanian kepimpinan Abang Johari hanya berkiblat ke arah menjaga kepentingan serta memakmurkan negeri dan memastikan masa depan warta Sarawak terjamin,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15151

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8386

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news