Najib: Tiada parti dapat majoriti mudah, Agong putuskan siapa PM 0 5478

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tiada parti menerima kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah.

Bercakap dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur, pagi tadi, Najib berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan menerajui negara.

β€œBN komited dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen. (Tetapi) kerana tiada parti yang dapat simple majoriti (majoriti mudah) Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi 113 kerusi, sementara parti sekutunya, WARISAN memenangi lapan kerusi parlimen.

Berdasarkan keputusan rasmi, HARAPAN yang bertanding di bawah logo PKR memenangi 104 kerusi, manakala DAP – yang bertanding di bawah logonya sendiri di Sabah dan Sarawak – memenangi sembilan kerusi.

Ini menjadikan gabungan pembangkang itu mendapat 113 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Walau bagaimanapun, HARAPAN tidak diiktiraf sebagai gabungan rasmi kerana ia tidak didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13533

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news