Nurul Izzah nafi bakal kahwini Agong 0 5855

Sejak semalam, tersebar mesej di media sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mendirikan rumah tangga dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Apatah lagi selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama keluarga ke Istana Kelantan atas undangan bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Khabar angin itu sempat menimbulkan cakap-cakap di media sosial.

Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai berita palsu.

“Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih.

“Marilah kita semua memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang ada – menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya seperti dipetik portal mStar Online hari ini.

Ibunya, Wan Azizah turut menyangkal perkara itu ketika ditanya pemberita.

“Astagafirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya seperti dipetik Bernama.

Menurut laporan itu lagi, Wan Azizah dilihat mengurut dada dan terkejut apabila ditanya soalan itu tetapi masih tersenyum ketika ditemui di Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Pertemuan Wan Azizah dan keluarga dengan Tengku Anis dibuat secara tertutup dan berlangsung selama sejam pada 24 Mei lalu.

Malaysiakini difahamkan kunjungan itu juga bagi mempersembahkan ucapan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenan oleh Sultan Muhammad V. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13550

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news