Operasi tarik kenderaan dari dasar Batang Samarahan tarik perhatian penduduk 0 5669

KOTA SAMARAHAN: Ratusan penduduk di sini berkumpul di jeti feri Batang Samarahan, bagi menyaksikan kerja-kerja menarik bangkai sebuah pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai berkenaan dari feri, empat hari lalu.

Ketika ini, proses tersebut sedang berlangsung dengan menggunakan lori kren, yang diletakkan di atas feri.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri,Tiong Ling Hii, kedudukan kenderaan Toyota Hilux tersebut telah dikenal pasti 50 meter dari jeti, dan berada pada kedalaman 18 meter.

“Kederasan air sungai pula adalah sekitar 18 knot.

“Kita sedang menunggu keadaan air menjadi tenang sebelum kerja-kerja menarik dilakukan.

Katanya, sekitar jam 12.00 malam hingga 2.40 pagi tadi, pasukan skuba yang terdiri daripada penyelam Bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Marin telah mengharungi risiko besar, dengan melakukan selaman untuk mengikat tali pada kenderaan terbabit.

Untuk rekod, Batang Samarahan memiliki populasi buaya yang agak banyak, manakala situasi penglihatan adalah sifar.

Ketika ini, usaha menarik bangkai kenderaan sedang dilakukan dengan harapan dapat menemui mangsa, Bernabas Lias Jalal, 77 tahun. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13520

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8152

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news