Tawaran Pakatan Harapan kembalikan hak, autonomi Sarawak tidak diteruskan, kata Chong 0 5533

KUCHING: Tawaran Pakatan Harapan untuk mengembalikan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia pada 1963 kepada kerajaan negeri Sarawak tidak akan diteruskan.

Pengerusi Pakatan Harapan Chong Chieng Jen berkata tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri Sarawak enggan menandatangani tawaran yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum lalu.

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada 9 Mei lalu.

Di Sarawak Pakatan Harapan memenangi sepuluh kerusi manakala Bebas dua kerusi.
Calon Bebas yang memenangi kerusi Lubok Antu dan Julai telah menyertai Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan dalam tawarannya tempoh hari antara lain ialah 20 peratus royalti minyak, autonomi terhadap pelajaran dan kesihatan.

“Disebabkan kerajaan negeri tidak tandatangani tawaran itu, maka ia diteruskan,” kata Chong pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam seperti dipetik media tempatan.

Dalam Manifesto Pakatan Harapan peringkat nasional, ia berjanji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan MA63.

Antara janjinya ialah medesentralisasi kuasa kepada Sarawak dan Sabah, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anak-anak Sabah dan Sarawak, serta menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan MA63. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news