Orang tengah punca harga barang naik, bukan GST – Zahid 0 5518

BAGAN DATUK: Kenaikan harga barang bukan berpunca daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya berpunca daripada tindakan orang tengah atau ‘kartel’ yang memanipulasi harga bagi memperoleh keuntungan berlebihan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang telah bersidang dan dipengerusinya sebanyak dua kali baru-baru ini mendapati tindakan golongan tersebut memanipulasi harga barang telah menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Memang benar ada kenaikkan kos pengeluaran, kenaikan disebabkan pengimportan, kenaikkan disebabkan berlakunya pertukaran wang asing kerana ketika itu wang kita agak rendah berbanding nilai mata wang AS, tetapi sekarang ini nilai mata wang kita telah meningkat. Tapi kenapa harga barangan tidak turun.

“Ertinya kartel mainkan peranan (sebagai) orang tengah mengambil margin banyak. Saya tak mahu bermusuh dengan mereka tetapi saya mewakili rakyat minta kartel atau orang tengah jangan salahkan kerajaan dan jangan jadikan rakyat mangsa dan meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan kedai serbaneka ProMart Bagan Datuk dan melancar program kos sara hidup di Hutan Melintang di sini petang ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin, Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruddin dan Pengerusi Eksekutif Prolink Retail Sdn Bhd Datuk Dr Suhaimi Ibrahim.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata melalui majlis yang dipengerusi beliau itu juga mendapati golongan terbabit juga merupakan antara syarikat atau individu yang sebelum ini yang ‘lari’ daripada membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST)

Jelas beliau perkara tersebut harus dijelaskan kepada umum kerana kerajaan acap kali dilemparkan tohmahan sedangkan kerajaan telah melakukan yang terbaik bagi membela nasib rakyat.

“Mereka salahkan kerajaan dengan mendakwa GST penyebab utama kenaikan harga, sedangkan kartel inilah dulu yang merupakan syarikat atau individu yang lari daripada membayar cukai SST. Sebab itulah kerajaan ambil langkah kutip cukai jualan melalui GST.

“Oleh sebab itulah, mereka marah dengan GST jadi mereka buat tohmahan dan fitnah kepada kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata kerajaan akan memperbanyakkan lagi kedai serbaneka ProMart bagi menggantikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Jelas beliau Majlis Tindakan Sara Hidup Negara telah dicadangkan untuk melantik syarikat-syarikat untuk mengendalikan lebih banyak outlet ProMart dan ini bukan lagi hanya dibawah satu syarikat seperti yang dilakukan dahulu.

“Kerajaan juga menampung kos pengangkutan yang merupakan faktor penyumbang kenaikan harga barangan,” katanya.

ProMart adalah salah satu anak syarikat dibawah pengurusan Prolink Marketing Sdn Bhd. Ia diwujudkan sebagai salah satu platform bagi melaksanakan satu tanggungjawab sosial (CSR) kepada pengguna dan pelanggan dengan menawarkan barangan keperluan asas harian dengan harga berpatutan.

Terdahulu Suhaimi dalam ucapan berkata sebanyak 32 cawangan ProMart telah beroperasi sepenuhnya iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Johor.

“Sebanyak 81 cawangan lagi akan dibuka pada tahun ini. Cawangan Bagan Datuk merupakan cawangan Kedai Serbaneka ProMart yang ke-18,” katanya.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13540

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news