Lebih separuh pelajar SJKC di Miri adalah Bumiputera- Lee Kim Shin 0 5891

MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin memberitahu, lebih separuh pelajar di kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Miri merupakan pelajar Bumiputera.

Beliau berkata, peningkatan jumlah pelajar Bumiputera di SJKC membuktikan masyara-kat di Sarawak khususnya di Miri menunjukkan sekolah di sini unik kerana kepelbagaian kaum dan agama.

“SJKC kini merupakan sekolah untuk pelbagai kaum, sebagai contoh di SJKC Lutong yang mempunyai kira-kira 1,300 pelajar dan daripada jumlah itu 55 peratus adalah kaum Bumiputera seperti Melayu, Iban, Orang Ulu dan etnik lain.

“Manakala di SJKC Tudan, hanya 30 peratus pelajar berbangsa Cina manakala selebihnya 70 peratus pelajar Bumiputera.“Ini perkembangan yang baik kerana semakin ramai kaum lain berminat untuk menguasai bahasa Cina,” katanya selepas menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) kepada SJK(C) Lutong di Lutong semalam.Cek bernilai RM20,000 itu disampaikan kepada Kapitan Chong Ah Muk mewakili pihak sekolah dan digunakan untuk membiayai pembinaan pagar besi sekolah.

Hadir sama Guru Besar Lai Cheo Tian dan kakitangan sekolah yang lain.Sementara itu Lai berkata, sebelum ini mereka memohon peruntukan bagi mengganti-kan pagarlama yang hampir roboh.Katanya, kerja pemasa-ngan pagar besi yang baharu itu siap dalam masa sebulan sebelum Tahun Baharu Cina tempoh hari. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news