Paip bocor, 5,000 isi rumah terjejas di Sibu Jaya 0 6423

SIBU: Dianggarkan 5,000 isi rumah di sini terjejas akibat kerja membaiki paip yang bocor semalam.

Ini termasuk di sekitar kawasan perumahan Taman Kemuyang dan Sibu Jaya.
“Gangguan bekalan air akan berlaku disebabkan tekanan air yang rendah.

“Kebocoran itu dikesan petang semalam,” kata sumber daripada Lembaga Air Sibu (LAS) kepada pemberita semalam.

Pada masa yang sama, beliau berkata kerja pembaikan telah mencapai kira-kira 60 peratus siap.

Menurut maklumat yang disiarkan dalam laman sosial Facebook LAS semalam, kejadian paip bocor telah dikesan di Lorong Salim 5B, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini.

Terdapat kebocoran pada paip keluli ringan 600mm utama akibat tanah mendap.

Kerja-kerja membaiki paip bocor berkenaan telah bermula jam 10 pagi semalam.
Kontraktor LAS melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news