Pasangan suami isteri maut, motosikal rempuh lori di Jalan Kampung Gedong 0 5638

SERIAN – Seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Gedong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi itu, kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Simon Pulin, 41, dan Jolia Asoi, 39, dan berasal dari Kampung Batu Pengansah di sini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada pukul 10.28 pagi.

Jelasnya, sejurus menerima laporan kejadian, sepasukan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian diarahkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Apabila tiba di tempat kemalangan, anggota bomba mendapati sebuah motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dalam keadaan terbakar.

“Kedua-dua mangsa pula tercampak di bahu jalan dalam keadaan sudah tidak bernyawa manakala pemandu lori serta kelindannya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ling Hii menambah, kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

“Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 11.44 pagi selepas keadaan di lokasi kejadian terkawal,” ujarnya. - K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news